Aktiviti Sains : "Telur tenggelam timbul"
Pengenalan
Adakah anda sedar bahawa kita lebih mudah terapung di laut
berbanding dengan air sungai? Ini berkait rapat dengan ketumpatan air yang
berbeza di antara kedua-duanya. Cubalah eksperimen mudah ini dan ketahuilah
dengan lebih mendalam tentang konsep ketumpatan.
Apakah yang diperlukan?
- 2 butir telur ayam yang biasa ( tidak direbus)
- Air paip
- Garam
- 2 gelas atau bekas berbentuk silinder yang lutsinar
Cara-caranya:
a) Isikan air paip
kedalam kedua-dua gelas sehingga separuh gelas.
b) Air paip digelas
A dibiarkan tanpa mencamprukan apa-apa bahan.
c) Sementara itu,
masukkan 6 sudu besar garam digelas B dan kacau sehingga larut.
d) Masukkan telu di
dalam bekas A dan lihat apa terjadi.
e) Kemudian masukkan
telur kedalam bekas B dan lihat apa yang terjadi.
Mengapa fenomena ini terjadi?
- Telur lebih tumpat dari air biasa dan akan tenggelam ke
dasar gelas. Apabila kita larutkan garam ke dalam air,
larutan di dalam
gelas menjadi lebih tumpat atau lebih berat dari telur. Sebab itulah telur itu
timbul.
- Mengikut prinsip seorang ahli sains terkenal iaitu HUKUM
ARCHIMEDES…
”Benda yang dicelupkan sebagian atau seluruhnya akan
mengalami gaya ke atas yang besarnya sama dengan berat zat cair yang
dipindahkan.”
- Contoh yang berkaitan denga realiti kehidupan ialah laut
mati yang berada di israel, apa saja yang berada di atasnya
pasti terapung
kerana di laut mati kadar garamnya sangat tinggi dan tepu. Jadi, zarah-zarahnya
mampat dan udara tidak
dapat menembusi
garam tersebut.
- Sementara air tawar pula mempunyai ruang udara yang luas
jadi telur itu tenggelam hingga ke dasar gelas dengan senang
dan cepat.
Tahukah anda?
"Mengapa air laut masin? Apabila air mengalir melalui
sungai, sedikit demi sedikit garam galian dari batu dan dasar sungai terlarut
dengannya. Air yang `masin’ sedikit ini mengalir ke laut. Melalui proses
Kitaran Air, air di laut sentiasa tersejat manakala di kutub yang sejuk pula ia
membeku. Tinggallah `garam galian’ terlarut di dalam laut. Selepas peredaran
masa yang lama, air laut masin kerana sentiasa ada “garam” terlarut di
dalamnya!"
menariknya cikgu akma!
ReplyDeleteyes cikgu farha..cubalah..murid-murid mesti seronok..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete