2) Tumbuhan memencarkan biji benih dan buah daripada pokok induk.
3) Pencaran bermaksud penyebaran biji benih atau buah jauh dari pokok induk.
4) Biji benih dan buah terpencar yang jatuh di tempat lain akan mula bertumbuh semula.
5) Biji benih dan buah boleh dipencarkan melalui:
a) air
b) angin
c) haiwan
d) mekanisme letupan
6) Biji benih dan buah mempunyai ciri khas untuk membantunya memencar dengan mudah.
- mari kita lihat video tumbuhan memencarkan biji benih dan buah di sini...
Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan
ciri - ciri biji benih dan buah bagi agen pencaran tersebut
Agen Pencaran
|
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
|
Angin
|
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
|
Haiwan
|
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
|
Air
|
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
|
Mekanisme letupan
|
Kulit kering apabila masak.
|
Agen pencaran berserta ciri-ciri dan contoh tumbuhan.
Cara Penyebaran
|
Penyesuaian Biji Benih / Buah
|
Haiwan
|
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
|
Angin
|
|
Air
|
|
Mekanisme letupan
|
|
Tugasan: Sekarang cuba murid-murid berikan contoh tumbuhan bagi setiap jenis agen pencaran berserta ciri-ciri yang ada pada tumbuhan tersebut.
Pokok semalu termasuk dlm yg mana? Disebarkan oleh angin ke haiwan?
ReplyDeletePokok semalu termasuk dlm yg mana? Disebarkan oleh angin ke haiwan?
ReplyDeletehaiwan
ReplyDeletekhusyuk tengok baru perasan tuan empunya...tq kak akma..huhuhu
ReplyDelete