Tuesday, 3 September 2013

KEMANDIRIAN TUMBUHAN (SAINS TAHUN 5)

1) Tumbuhan memencarkan biji benih dan buah untuk memastikan kemandiriannya.
2) Tumbuhan memencarkan biji benih dan buah daripada pokok induk.
3) Pencaran bermaksud penyebaran biji benih atau buah jauh dari pokok induk.
4) Biji benih dan buah terpencar yang jatuh di tempat lain akan mula bertumbuh semula.
5) Biji benih dan buah boleh dipencarkan melalui:
             a) air
             b) angin
             c) haiwan
             d) mekanisme letupan

6) Biji benih dan buah mempunyai ciri khas untuk membantunya memencar dengan mudah.

- mari kita lihat video tumbuhan memencarkan biji benih dan buah di sini...






 Jadual di bawah menunjukkan agen pencaran yang berlainan dan 
    ciri - ciri biji benih dan buah bagi agen pencaran tersebut

Agen Pencaran
Ciri – Ciri Biji Benih atau Buah
Angin
Ringan, kecil, mempunyai struktur seperti sayap dan bulu halus.
Haiwan
Berisi, berwarna terang, biji yang keras, boleh dimakan, mempunyai bau harum dan mempunyai cangkuk.
Air
Mempunyai ruang udara, kulit yang berlilin dan bersabut.
Mekanisme letupan
Kulit kering apabila masak.


Agen pencaran berserta ciri-ciri dan contoh tumbuhan.

Cara Penyebaran
Penyesuaian Biji Benih / Buah
Haiwan
Buah berwarna menarik, harum/sedap dimakan
Biji benih keras, susah hadam .

Angin
Biji benih halus, bersayap, ringan, berbulu .

Air
Buah bersabut, kalis air, terdapat banyak ruang udara .


Mekanisme letupan
Permukaan buah menjadi tegang apabila kering apabila masak.






































































Tugasan: Sekarang cuba murid-murid berikan contoh tumbuhan bagi setiap jenis agen pencaran  berserta ciri-ciri yang ada pada tumbuhan tersebut.